nuffy

Monday, April 26, 2010

Sambal Ikan Talapia..

Ikan Talapia atau ikan sungai setengah orang panggil ikan darat.. 
kalau korang nak tau.. aku n famili mmg tak makan ikan sungai.. 
sebab famili aku mmg tak pernah masak ikan sungai.. 
bila dah kerja aku rasa mmg aku ada termakan ikan2 ni kat canteen tempat kerja, 
yerlaa sbb aku bukan kenal ponn...
ikan sungai ke ikan laut kerr hantammm asal ikan.. hehehe
Ni sebenarnya kali kedua aku masak ikan ni 1st time jiran bagik.. 
tp kalini aku n hubby p beli kat pasar tani.. famili hubby mmg makan ikan sungai ni.. me yg tak pernah masak..
yang menjadikan kesoronokan berganda ialah anak2 aku suka makan siap order suruh masak camni lagi... walllaaa mak sukerrr....plus plus..


Tanpa membuang masa meh kita jengah recipenya..


Bahan2nya

4 ekor ikan Talapia Merah sederhana besar - basuh bersihkan dan kerat dua, gaulkan garam n kunyit goreng hingga masak.
3 bj bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan  - di tumbuk
pes cili - agak2 lerr (cili kering yg dibuang biji dan dikisar)
1 biji bawang besar - dipotong bulat
air asam jawa
garam n gula
minyak utk menumis

Cara2nya

panaskan minyak dalam kuali masukkan bahan2 tumbuk, bila dah naik bau masukkan pes cili kacau hingga cili masak garing (pecah minyak), masukkan gula dan garam, air asam jawa dan ikan yg telah di goreng td akhir sekali masukkan bawang yg di potong bulat.. sedia utk di hidang... sangat sedap bila dimakan dengan nasi..

1 comment:

nabilah_2908 said...

ala..ala..sedapnyer..mkn lk dgn ns panas...alahi..sedapnyer...

lunch hari ni...I makan sebiji karipap jer..huhu.. ;)