Sunday, May 2, 2010

Masak Lomak Cili Padi

walaupon sibuk berdiet.. dapur tetap berasap khas utk suami n anak2 so arini meh pekena Lomak Cili Padi



1 ekor ikan merah (tak kisahlah ikan apa2 pon boleh)
segenggam cili padi - kalau nak pedas tambah le lagi
1 inci kunyit hidup
1 liter santan pekat
garam
asam keping / asam gelugur

setelah ikan di bersihkan... tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup sampai biji pon lumat kalau nak kisar pon boleh tp kurang kick... satukan semua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana pastikan kuah senantiasa di tembok (org n9 paham ler) - caranya ceduk dan tuang semula santan, untuk mengelakkan santan berketul, sesekali kacau jangan kacau selalu takut nnt isi ikan terlerai.. buat cara begini (tembok) sehingga kuah mendidih, matikan api dan siap utk hidangan...

masakan ni pior N9 tanpa menggunakan bawang atau belacan, kalau nak masak ayam atau daging caranya ada sedikit perbezaan... selamat mencuba.

2 comments:

** a i l y ** said...

sedapnyaa! terliur bila tengok. :)

rhapsody LiN said...

waahh,,, lapo!!!
nk g mkn!!