Thursday, May 20, 2010

Sambal Sardin

Hahahaha macam dah takde lauk lain ek... bukan masalah lauk sebenarnya nak share sedikit info mungkin ramai yg dah tau.... Tahukah anda sardin antara sumber kalsium tertinggi yg diperlukan badan kita, selain ikan bilis dah tentulah susu. Kalau dulu2 mmglaa makan sardin kira lauk hujung2 bulan.. tp sebenarnya kita memerlukan kalsium dr sardin sekurang2nya 2 minggu sekali... lebih2 lagi kepada yg tak minum susu... tapi tahutak dimana yg sepatutnya kita makan untuk dapatkan kalsium itu? pastikan kita memakan tulang ikan sardin kerana disitulah sumber kalsiumnya.. kalau makan tak makan tulangnya takdelaa kalsiumnya.. sama jugalah dengan ikan bilis...

Meh jengah apa yg ada kalau dah malas sangat nak masak... ni adalah lauk malas saya Naqiuddin anak yg bongsu tu mmg suka makan sardin samalah judak dengan ibunya anak2 yg lain no hal belasah apa2 jerr yg ibu masak.. yg paling sadis dan kesian ialah hubby dialah org yg akan tensen bila tgk lauk sardin.. selalunya i masak time dia keje pagi so dia tak jumpalaa... lauk tu.. huhuhuhu

Bahan2nya
1tin sardin cap ayam size besar
1biji bawang besar - potong bulat
1biji kentang - kupas potong baji dan goreng
air asam jawa / jus limau nipis
 garam & gula

bahan2 tumbuk
3biji bawang merah
3biji bawang putih
5tangkai cili kering
5 biji cili padi - nak bg pedas
sedikit halia - tanak pon takpe

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak...masukkan sardin perasakan garam n gula dan air asam biarkan mendidih boleh masukkan kentang goreng dan siap untuk dihidangkan

2 comments:

omawrozduan said...

arggghh.
bikin saya terliur =(

nabilah_2908 said...

hrumm...sedapnyer...lm dh tk makan.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
CARA MELETAKKAN LINK BERSAMA KOMEN ANDA