nuffy

Friday, July 23, 2010

Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa...


 
Salam.... semalam setengah hari gaklaa aku cam mengigil jerr, cam lemah semangat.... aku dah lama stop sekejap activiti berbasikal melepak g gym tu pon sekali sekala pergi time hubby ada jerr... so dah berminggu2 ni berat badan aku cam susah nak turun.. dgn diet dan treatment yg aku lalui kiranya aku dah berjaya turunkan berat badan from 73kg n sekarang 65kg tp Allah payahnyerr even nak turunkan sekilo.. bila lihatkan keadaan cuaca sekarang aku suarakan kat hubby nak cycling baliklaa berat cam stick tak berganjak2 heran betoii... 

 
hubby ...???? dia mmg nampak cam boring jerr bila aku ajak cycling balik.. sebabnya dia gila OFF ROAD (cycling kat kebun kelapa sawit n tempoh mcm2 bukit dgn jalan yg tak rata) kalau dgn aku kami selalu main ON ROAD jerr.. peh tu aku lak dah lama cuti kayuh nak naik bukit ponn umanggg aihhh slow gilerr lutut plak wat hal (pernah terseliuh masa aerobik dulu). Minggu ni aku kayuh hampir setiap hari walaupon jarak yg dekat 10 - 15kg memandangkan aku baru start balik...
2 hari lepas aku dah rasa cam tak sedap hati.. masa drive  hantar Din p sekolah tadika aku asik bayangkan org xcident jerr byk kali istighfar... kenapa ek aku asik rasa camtu... n aku akur perasaan kita ni manusia mmg tak menentu ada ketikanya. Petangnya hubby ajak cycling esok, means semalam la.... aku rasa cam tanakkkk jerrr tp kalau aku refused...., time dia keje (hubby keje shif) nnt tak dptlaa aku berbasikal mmg tak berani g sorang2. walaupon rasa tak sedap hati tapi aku malas nak amik port pk n doa yg baik2 jerr... alhamdulillah aku gagah lerr cycling kali ni 2 bukit yg mmg payah berjaya aku daki tanpa sebarang masalah, lutut pon ok dah tak sakit lagi... masa balik aku rasa cam penat nak ajak hubby berhenti minum kat kedai yg agak dekat means kalau jumpa jerr kedai nak berhenti laa lepakk tanak g kedai biasa sbb jauh lagii.. leka berbasikal aku leh tak pasan kedai pon dah terlepas... alamakkk terus jerlaa g kedai biasa masa tu jam dah lebih kurang 9.20 pg, panasnya laaa pulak... selalunya taklaa panas camni.. aku lak pakai baju hitam lagilaa dgn cream halia lg aku pakai pijarr jerr rasa... dalam perjalanan ada terowong tau taklaa panjang sgt...tp mmg jalan tu sempit... ketika nak sampai terowong tu... aku dah perasan 1 lori kat belakang aku dah nak stop tepi jalan be4 masuk terowong tu.. hubby kata terus jerr takyah berhenti... aku mmg tak konfident tp bila hubby dah kata camtu aku terus gaklaa... bila masuk jerr terowong tu mata aku tak berapa nampak (cuaca panas tiba2 gelap masuk terowong jadile camtu gelap mata jap) lori tu pulak.. cam nak potong gak kitaorg dah sah2 jalan tu sempit lepaskanlaah kita dulu apalaaa salahnya.. bukan panjang pon terowong tu... aku dah rapat sgt kat tepi..... tiba2 dah mula nak tergesel siku kat dinding terowong tu... n terkena handle basikal apa lagi aku jatuh betul2 depan lori tu... (dlm hati masa tu aku pk kalau jatuh kena cepat2 bangun eh sempat ke..?? sbb aku mmg jatuh kat atas jalan nak ke kiri mmg tak boleh dah....) mujur juga pemandu tu mmg dah slow.. n break emergency... alhamdulillah.... kalau tak aku dah takde kot... ataupon kat spital... hubby paling gelabah dia kat belakang.. terjerit dia "yang........ Allahhuakbar" mengigil gaklaa dia, seharian semalam aku ketar... minum air zam2 pemberian kak nani dan air yassin yg mmg hubby buatkan utk seisi rumah... barulaa lega...., balik rumah langsung tak masak, anak2 balik sekolah tapaw mcD jerr...


Aku bersyukur sgt2 Allah masih panjangnya nyawa... kita hidup didunia ni kena sedar bekalan untuk akhirat nanti, dan kena sedar juga dunia ni bukan kekal selamanya, apa yg kita lakukan sekarang semuanya akan dihitung kelak... aku pasrah dan sedar betapa kerdilnya aku yg tak lepas dari melakukan dosa.... yelah bila perhatikan anak2 yg sedang membesar mereka amat memerlukan aku... doa seorang ibu utk anak2nya. Lepas peristiwa ni insyaAllah aku lom serik lagi berbasikal tp aku dah over confident nak main OFFROAD lak, mmglah bahaya ada di mana2 tp kalau offroad ni takat calar balar lerr kalau jatuh, kalau kat jalan raya mau berkecai badan...

4 comments:

rapheydhillo said...

ain,
syukur le takde apa2.. btul la malang tak berbau.. takutnya!

fara said...

nasib baik selamat..
terkejut jugak saya baca..
alhamdulillah.. mintak dijauhkn dr segala y buruk...

adam said...

alhamdulillah still alive..

aeinio said...

terima kasih semua.. mmg tak terkata sebenarnya.. alhamdulillah..