Thursday, July 22, 2010

Sambal Kentang BerTEMPE

Hmm tak sampai sebulan jerr lagi kita dah mula berpuasa, tahun ni rasa cam tak sabar2 pulak nak sambut puasa, dah macam2 pk nak buat sempena bulan puasa nanti dan macam2 jugakla nak penuhkan peti sejuk tu... selain 'menyekip' semua bahan2 lapuk hehehe meh share resepi mudah ni selain menjadi pembuka selera semasa bersahur.....

Bahan2nya
2 biji kentang - kupas dan hiris nipis / ikut suka
sekeping tempe - hiris nipis jugak
1 biji telur
garam dan gula
minyak masak
bahan yg ditumbuk / bumbunya
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
2 tangkai cili kering
3 biji cili merah 

cara2nya
goreng kentang dan tempe hingga masak angkat tos dan ketepikan, kurangkan minyak mengoreng tadi kepada lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing masukkan garam dan gula ikut rasa masukkan kentang dan tempe serta pecahkan telur kacau hingga telur masak dan sedikit kering.. hmm dah siap utk nyum2

1 comment:

baincardin said...

Salam.

Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^