Sunday, July 25, 2010

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

COPY & PASTE FROM YUHANIEZA kawan masa sekolah dulu thanx iza... dan perkara sebegini eloklaa kita kongsikan bersama selain untuk rujukan diri sendiri kelak...

Salam buat teman2 yang dikasihi..

Sempena kedatangan Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari Isnin (26 julai 10) ini.. dgn rendah hatinya ingin saya kongsikan tentang kelebihan serta rahmat malam Nisfu Syaban ni, semua maklumat dipetik dari buku "KELEBIHAN BULAN DAN HARI - serta Amalan Wirid dan Doa" tulisan Abul Khaity Al-Latifi..untuk panduan dan amalan semua..

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA"BAN..
Malam yang dikhususkan dengan Rahmat, Kemuliaan dan Kelebihan. Pada malam ini, dituliskan nama bayi yang akan dilahirkan di sepanjang tahun ini dan dituliskan nama-nama orang yang akan mati pada tahun ini. Pada malam ini di turunkan rezeki2, pada malam ini diangkat amalan-amalan dan perbuatan hamba-hamba.

Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
' Jika tiba pertengahan Sya'ban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan amal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t , turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman "Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampuninya, siapa yang meminta rezeki akan aku kurniakan rezeki kepadanya, siapa yang ditimpa bala akan aku lepaskan nya sehinggalah terbit fajar subuh" '

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w , baginda bersabda ,
' Jibril telah datang kepadaku pada pertengahan bulan Sya'ban lalu berkata "Ya Muhammad, pada malam ini, Allah membuka 300 pintu-pintu dari pintu rahmat dan mengampunkan setiap org yang tidak mempersekutukan denganNya sesiapa juga kecuali ahli sihir, ahli nujum,pemabuk arak,org yang berterusan mengambil riba dan berterusan membuat zina sehinggalah mereka bertaubat "
Nabi bertanya " Ya Jibrail, sampai bilakah pintu-pintu itu akan dibuka.?
Jibril menjawab, "sehingga terbit fajar dari permulaan malam" . Jibril berkata lagi "Ya Muhammad sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan ahli-ahli neraka dengan bilangan sebanyak bulu-bulu kambing Bani Kalb..


DIANTARA AMALAN UNTUK MENYAMBUT NISFU SYA'BAN..

1) Berpuasa pada hari Nisfu Sya'ban atau lebih baik pada 14 dan 15 Sya'ban(26 & 27 Julai)

2) Pada malam nisfu Sya'ban (isnin 26 Julai 10) lepas sembayang Maghrib ,
a) lakukan Solat Sunat Nisfu Sya'ban (2 rakaat)
Rakaat 1 = Baca Alfatihah & Surah AlQadar 1x
Rakaat 2 = Baca AlFatihah & Surah Al Ikhlas 3x


b) Baca Surah Yasin 3x.
Bacaan pertama - niat untuk umur yang panjang agar dapat terus beribadat kepada Allah.
Bacaan kedua - niat untuk dimurahkan rezeki yang halal dan mengangkat segala bala
Bacaan ketiga - niat untuk di tetapkan iman dalam Islam dan mati dalam iman


c) Menbaca Surah Al Ikhlas dan beristighfar dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak yang mungkin.

Seterusnya pada sepertiga malam.. adalah lebih baik kita berjaga malam untuk melakukan solat2 sunat seperti Sunat Tahajud, Sunat Tasbih, Sunat Taubat serta sunat Hajat.. Setelah itu berdoalah apa2 sahaja yang kita hajati , semoga agar Allah dapt memberi petunjuk untuk kita menyelesaikan apa sahaja masalah yang kita hadapi.. Amin

Begitulah serba sedikit yang dapat dikongsi.. untuk lebih lanjut bolehkan dirujuk pada buku ini.




P/S : Ini adalah amalan yang biasanya dilakukan.. tergantung kepada kemampuan masing2 .. bagi yang merasakan ianya sukar.. sekurang2nya buatlah sembahyang sunat , beristighfar dan berselawat keatas Rasululah s.a.w dengan niat dihati memohan keampuan ke hadrat Allah swt serta berdoa yang dihajati.

Diharap apa yang ingin dikongsi disini dapat memberi manafaat kepada semua..
Cuma fikirkan lah .. jika kita sanggup berjaga malam untuk melihat perlawanan bola sepak.. , buat kuih atau untuk buat kerja2 yang kita rasakan penting... apalah salahnya pada malam Nisfu Syaban ini, kita berjaga , melakukan beberapa amalan , agar Allah dapat memakbulkan apa sahaja doa kita..bukan sahaja utk diri sendiri tapi berdoa juga untuk org yg kita kasihi termasuk keluarga dan anak-anak.
Ambillah kesempatan ini kerana sebagai seorang Muslim inilah keistimewaan yang Allah anugerahkan pada kita, yang kadang2 kita terlepas pandang. Sesungguhnya percayalah bahawa Rahmat Allah itu mengatasi Kemurkaannya... :-))


Wasallam..

3 comments:

fara said...

malam nifzu syaaban ni kiranya malam esok la ya..
thanks for da info.. really appreciated it..

Anonymous said...

tuan rumah, nk mintak izin copy n paste kt blog kiter...

♥ nana i am ♥ said...

alhamdulillah~ =)