Thursday, August 5, 2010

Ayam Kari Hijau

ayam masak kari hijau... actually dah 3 kali masak lauk ni barulaaaaa kalini nampak hijaunya kari itu....


meh layan resepi sebenarnya ini resepi ulangan sbb dah ada entry sebelum ni tapi ada perubahan beberapa perkara... saya kurangkan pengunaan rempah kari dan tambahkan cili hijau, tak pedas sgt ponn cili hijau ni..

bahan2nya
1/2 ekor ayam - basuh dan bersihkan
1 paket santan pekat - boleh gantikan dgn susu cair
1 keping asam keping - yg kecik
2 biji ubi kentang - potong 4
minyak masak
garam & gula

bahan2 yg dikisar (A)
15 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah kari Babas

bahan kisar (B)
3 helai daun limau purut
1 atau 2 batang saderi
5 tangkai daun bawang
beberapa helai daun selasih

bahan penumis
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
 2 tangkai daun kari

cara2nya
saya suka masak lauk ni sebab secara tak langsung anak2 makan sayuran yg kita kisar sebagai kuah, tak yah susah2 nak paksa makan sayur... 

Panaskan minyak masak tumiskan bahan penumis dan terus masukkan bahan kisar A,  (kalau boleh kurangkan air ketika mengisar biar pekat) masak sehingga pecah minyak, masukkan pula bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau... "bau daripada daun limau purut dan daun selasih tu mmg harum.......hmmm.." masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat bolehlaa masukkan sedikit air). Akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak perasakan dgn garam dan gula serta masukkan asam keping bila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api... sedap jugak makan dengan roti utk sarapan.

3 comments:

baincardin said...

Salam Jumaat.

Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

aNiS tHe BumbleBee said...

wah,tergoda tgk masakan2 kt blog u..anis link blog u ye..nnti nk try resepi2 u tu..hehe...

aeinio said...

tq anis