Sunday, August 8, 2010

Puding Telur Beroti


Dah dekat nak puasa ni menu2 mcm ni mmg menjadi pilihan masa nak berbuka... kali ni nak share resepi yg pada aku barulerr.. sbb 1st time try puding telur beroti selalunya puding telur biasa jerr..  resepi ni pon hasil dari berbual dgn jiran belakang rumah, dia selalu campur biskut atau roti dlm puding telur dia... meh layann resepi..

bahan2nya
4 biji telur
1 tin susu cair ideal + 1/2 tin air
4 keping roti gardenia
2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula
buah peach - untuk hiasan

bahan2 untuk hanguskan gula
1 cawan gula
1 cawan air

cara2nya

Tuangkan 1 cawan gula dan hanguskan dgn api sederhana biarkan gula mencair dan berwarna keperangan jaga jgn sampai hangus, nnt jadi pahit.. bila gula dan mula mencair masukkan 1 cawan air dan kacau rata (hati2 ketika masukkan air dlm gula hangus) tuangkan atas loyang dan biarkan sejuk.
Sementara menunggu gula sejuk, masukkan susu cair, telur, air, gula, roti yg telah di siat2kan dan vanilla esen dalam blender dan blend hingga halus. Tuangkan kedalam loyang yang berisi air gula tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 15 ~ 20 minit... sedap di hidangkan sejuk.

3 comments:

mehmed said...

sdak doh ase
lapo la plok.. hahhaaa

echah mashuri said...

kak aeini!bg la resepi bskut rya!heee
yg ni terliuq la...

GaDis CoMeL said...

sedap bangat tengok puding nih. puasa nanti boleh cuba. srotttt...