Monday, August 9, 2010

Udang Sambal Petai


Udang Sambal Petai hihihihi jarang sebenarnya makan petai ni bukan tak suka, cuma tak suka kat baunya itu.. kang semuanya bau petai huhuhu... sebenarnya buah petai ni baik untuk ginjal kita, ok meh share resepi yang senang simple dan mudah (akak ni bukan rajin sgt ponn nak masak benda yg susah2 nih)

bahan2nya
1kg udang - dibasuh dan bersihkan
30 bj cili kering - potong buang biji di rendam dengan air panas atau rebus dan kisar halus
1 biji bawang besar merah - hiris bulat
3 batang petai kupas kulitnya
sedikit belacan *
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah kecil*
* ditumbuk
air asam jawa
garam & gula
minyak masak


cara2nya
Panaskan minyak... tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili kering kisar kacau hingga cili garing dan pecah minyak dan masukkan gula pasir agar cili kering tumis tadi bertukar warna merah gelap, perasakan dengan garam dan air asam jawa kacau sekejap dan masukkan udang kecilkan api kacau rata biarkan udang separuh masak dan boleh masukkan hirisan bawang besar tutup tudung kuali dan biarkan udang masak dan mesra. Akhir sekali masukkan petai kacau sekejap dan boleh matikan api.

6 comments:

♥ nana i am ♥ said...

tengok gamba pon dah nampak best,
ape lagi kalau dapat rase kan ^_^

Wanzie said...

wah best tu sambal peati... boleh buat resepi bulan posa ni.... meleleh tgk gambor ni...

GaDis CoMeL said...

aduhhh..terus teringat masakan mak kat kampung.. ohh mak... huhu..

aeinio said...

- nana meh laa dtg sini hehehe tolong masak...

- wanzie mmg best! tapi tak tahan lorr bau dierr...

- gadis comel baliklaa umah mak suh masak... atau sama2 masak..

rapheydhillo said...

ain,
semalam sempat masak sambal bilis petai kat umah adik.. similar recipe except gantikan udang with ikan bilis and mine without bawang putih.. sy lebih suka sambal tumis yg pakai bawang merah/besar saja without bawang putih..

aeinio said...

betulla dhill ain pulak ada 2 version sambal kalau blend cili dgn tomato guna bawang merah jerr.. cuma belacan tak tinggal hhahhahaha