Kari ni sesuai makan dengan sambal belacan atau apa2 sambal pon... rasanya agak manis sebab terung memang ada rasa yang manis selain kurang pedas.... meh kita tengok resepinya...
bahan2nya
3 sudu besar udang kering - rendam dalam air panas n tumbuk kasar
sekuntum bunga lawang
sebatang kulit kayu manis
beberapa batang terung belah 2 (sebab terung yg saya beli tu bersaiz kecik saya belah 2 tanpa putus)
4 biji mangga kampung bersaiz kecil - buang kulit sikit2 sahaja
1/2 inci halia - di ketuk
5 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 1 cawan air
garam n gula
minyak untuk menumis
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
bahan bertanda * di tumbuk
cara2nya
- tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia hingga naik bau dan terus masukkan bahan2 yang di tumbuk.
- bila dah garing masukkan udang kering dan rempah kari kacau rata..
- masukkan santan pekat dengan 1 cawan air, biarkan mendidih
- masukkan terung dan mangga sekaligus bahan perasa.
- didihkan hingga terung lembut dan bolehlaa dihidangkan dengan nasi panas..
2 comments:
salam kak ain,
Bila sebut mangga muda tu, dah berair mulut saya. Sedap juga dibubuh dalam gulai tuh! ;)
ws indah.. yup! mmg best tapi akak jerr yg makan anak2 makan kuah jerr huhuhuhu
Post a Comment