Advert

nuffy

Sunday, November 28, 2010

Cucur Ikan Cencaru


hmmm dah minum petang...?? jom makan cekodok... gambar kat atas tu cucur ikan kalau kat kg memang mak gelarkan  "kodok" kat utara "cucok" apa2 jerlaakan.. best makan masa baru lepas goreng dgn sos cili... jom layan resepi...



bahan2nya
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 ekor ikan yg di kukus (saya guna ikan cencaru saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • sedikit daun bawang - di cincang
  • sedikit daun sup di cincang
  • garam 
  • air suam
cara2nya


asingkan isi ikan dan hancurkan, masukkan semua bahan gaul rata, dan masukkan pula air suam secukupnya. kacau hingga tidak bergentel dan goreng dalam minyak penuh hingga garing.. siap sedia di hidangkan dengan sos cili.

4 comments:

manggosteen said...

mak aih..nampak sedap dan rangup..

ct noarizah said...

Kali pertama dengar cucur cencaru ni..ada masa nk buat jugak..trima kasih share resepi yea!

awein said...

sedap nampaknya..mesti try ne

aeinio said...

- maggosteen.. mmg best..
- apa2 ikan pon boleh ct..
- kena try tau awien..