Thursday, November 4, 2010

Hati Lembu Tumis Pengantin


sebenarnya dah lama beli hati lembu tapikan cam blurr nak masak apa.... sebab yang makannya maybe aku sorang jerr... selain menu ni kena jugak pk nak masak apa pulak utk yang lain2 huhuhuhu....  selepas dok tanya2 jiran aku dapat resepi ni dari kak Da jiran depan rumah... main ingat2 jerr apa yg dia cakap maka inilah hasilnya... aku main agak2 jerlaaa.. tapi bau tumisannya memang semerbak membuatkan anak2 turut mencuba dan alhamdulillah derang pon suka... jom layan resepinya :-

bahan2nya
1/2 kg hati lembu - dipotong dan dibersihkan
7 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 sudu besar biji ketumbar*
1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu teh jintan putih*
1 batang serai*
bahan * dikisar halus
minyak masak
garam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu teh biji sawi (optional)
1 cawan sayuran campur (optional) = saya tak letak
minyak masak

cara2nya
gaul rata / perap hati lembu tadi dengan rempah kari, biji sawi, sos tiram, kicap dan garam ketepikan, panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing masukkan hati yang telah di perap tadi kalau perlu masukkan sedikit air kacau rata dan biarkan api kecil hingga hati betul2 masak dan kuah menjadi pekat... bila nak matikan api bolehlaa  masukkan sayur campur atau kacang panjang especially untuk hidangan meja pengantin... (tapi saya tak letak).

3 comments:

izahdaut said...

woooooo.. nmpk betul cam lauk di meja mkn beradap pengntin tu..klu hias ngan cili munge2 tu ha..sah la sama..hihi

aeinio said...

hihihi dak izah nih mmg tapi akak ko ni malehhh nak letak bunga2...

Roxy zai said...

uhhhh..tgk gmbr pun dh sedap..post kat aii lehh???hehehe