Wednesday, November 3, 2010

Kacang Panjang Pedas dgn Telur



yang ni pon antara resepi senang dan biasa2 jerrr

bahan2nya
secekak kacang pandang - patah2 mcm dlm gambar
1 biji telur

bahan2 yang ditumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 biji cili merah
2 atau 3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - rendam

garam & gula
sos tiram (optional)
minyak masak

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.., kecilkan api ketepikan sedikit tumisan dan pecahkan telur di sebelahnya, bila telur dah mula mengeras kacau rata2 bersebelahan tumisan tadi, letak bahan perisa dan sedikit sos tiram kacau rata dan masukkan kacang panjang masak hingga kacang layu, siap untuk hidangan

2 comments:

Lin Rosly said...

Salam....Kak Lin Tak Pernah Masak Lagi Kacang Panjang Dg Telur Ni....Biasanya Bendi Dg Telur Adalah...Boleh Cuba....

aeinio said...

ws lin.. boleh cuba lin.. sayur yg pahit tu petola pon boleh juga masak camni..