Tuesday, December 21, 2010

Cornflakes Badam bermadu


Sebenarnya anak2 ada kat rumah so bagi homework laa kan oleh kerana ni antara kukis yang memang mereka suka makan, so mak masaklah.... ramai2 masukkan dalam paper cup dan bakar.. buat ni semalam.. arini dah habih... buat ni pun setelah mengeledah apa barang ada dalam peti sejuk so campur dan bantai membantai... maka terhasilah resepi ni.. jom layannnn......


 kalau di perhatikan menerusi gambar memang cornflakes madu ni nampak agak kering sebab aku memang tak berapa suka gunakan banyak madu nanti masa makan meleleh2 madu tu.. geli weyyyy!!

bahan2nya
  • 500 gram cornflakes - ramaskan separuh hancur
  • 1 paket nesvita (original)
  • 100 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan buahan kering cincang (kismis, ceri merah & hijau, kurma)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100gram mentega
  • paper cup secukupnya
  • sedikit coklat rice untuk hiasan (optional)


cara2nya
  • sanggar sekejap kepingan badam. 
  • satukan cornflakes, badam, buahan kering dan nesvita kacau rata dan ketepikan.
  • satukan gula, mentega, esen vanilla dan madu di dalam kuali dan renehkan menggunakan api kecil.
  • bila mentega mencair bersama2 dengan gula masukkan bahan2 kering matikan api dan kacau rata2 pastikan semua bahan kering terkena dengan bahan basah.
  • sudukan dalam paper cup dan taburkan coklat rice
  • bakar pada suhu 170 selama 6/7 minit atau hingga nampak berkilat.

4 comments:

kak ina kl said...

kat umah pun anak-anak suka buat cornflaes madu ni..sekejap ajer licin

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

aeinio said...

tq david..

Anonymous said...

Nice blog check out my arcade site!

[url=http://blackpenguin.net]car games[/url]