Wednesday, December 28, 2011

Lala tumis goreng goreng

hehehe aku tak tau nak bg nama apa dah.. hantam jugak... aku kan memang suka hentam jerr bab masak2 nih... 
oleh kerana udang tu sudah pastinya memang tak cukup... so tambahlaa lauk lala ni dengan sup sayur... 




ok jom layan resepi ek... kepada yang sudi...


bahan2nya
500gram lala - cuci bersih dan toskan
1/2 inci halia - hiris
sebelah bunga kantan - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1 labu bawang besar - potong dadu
4 biji cili padi hijau - hiris dadu
1 batang serai - juga di hiris
minyak masak
garam & gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 biji telur




cara2nya
tumiskan bawang putih bila dah naik bau masukkan bawang besar dadu kacau hingga layu dan masukkan semua bahan lain seperti bunga kantan, serai, cili padi dan halia kacau hingga lembut, masukkan pula sos tiram san sos cili dengan sedikit air biarkan mereneh, perasakan pula dengan garam dan gula masukkan lala dan telur kacau sebati sehingga lala masak.

2 comments:

Unknown said...

dah lama tak masak lala sebab harga dah mahal sekarang ni.

wah lobster tu memang enak..tak larat nak beli..mahal kan

aeinio said...

hi kak ina... lobster tuh 10 tahun sekali kot baru leh makan huhuhu...