Hari ini dengan rasminya berjaya memasak nasi dagang tapi guna periuk nasi tanpa mengukusnya... teringat dedulu masa tu mengandungkan anak yang sulung suruh hubby belikan nasi lemak sambal kerang tapi bila dia balik dia bawak nasi dagang terbalut indah berbentuk kun dengan daun pisang, bila bukak jerr ada bau halba aku menangis..... sehari merajuk tanak kawan dgn hubby... sakitnyaaa hatiii tuhan jerr yang tahu..., kita nak lain dia beli lain... puas gak dia pujuk katanya sedap... itu citer 14thn dulu... skang ni dah leh terima dah...
sebenarnya dah 2 kali cuba masak nasi dagang ni.. tapi 1st time dulu terlembek sket tapi kali ini memang berjaya... sementara masih ingat lagik nih jom layan resepi...
sesiapa yang tahu pembuatan nasi dagang ni agak leceh sebenarnya.. perlu di kukus beberapa kali bila tengok cara memasak tradisional aku angkat bendera putih lerr lecehh... n tak kuasa woo nak duduk dapur lama2.
3 cawan beras wangi
1 sudu teh halba
2 biji bawang merah - hiris nipis
1 cm halia muda - hiris nipis
garam & gula
1/2 cawan santan pekat
cara2nya
gunakan periuk nasi letrik tanak nasi sukat beras dan air sama rata (beras dan air sama paras) dan masak seperti biasa hingga masak, jangan panik sekiranya nasi nampak seperti tak masak atau keras. satukan garam, gula, halba, santan, bawang dan halia hiris, masukkan ke dalam nasi tadi kacau rata, tutup tudung periuk dan tekan lagi 'cook' biarkan sehingga naik sendiri. kacau lagi dan tekan sekali lagi. (buat 2 atau 3 kali)
ok... kalau sesiapa yang tak kenal rempah rose tuhaa dalam gambar aku google jerr asyik tak hengat nak snap gambar kalau tengok kat gambar tu ada watermark inaku79.blogspot... thnx ada gak gambo ni.. minta izin share kat sini...
kalau diperhatikan ada 2 jenis rempah 1 rempah gulai dan satu lagi rempah masak.. ok jom tengok resepi yang telah diolah untuk kesesuaian selera keluarga.
bahan2nya
1 ekor ikan tongkol
(masukkan dalam periuk ikan yang telah di basuh bersih dengan 1/2 cawan air masukkan garam dan sekeping asam kecilkan api biarkan hingga ikan masak dan air agak kering)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 sudu rempah gulai bunga rose
1 sudu rempah masak bunga rose
garam
gula melaka / gula merah / nisang terengganu / gula pasir (ikutlaa mana yang ada)
3 sudu pes cili
1 keping asam keping
beberapa biji cili padi
minyak masak untuk menumis
bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit lengkuas - di ketuk
1 batang serai - di ketuk
hirisan bawang merah dan bawang putih
bahan kisar / tumbuk
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
cara2nya
satukan rempah gulai dan rempah masak dengan sedikit air ketepikan, panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis bila dah naik aroma masukkan pula bahan kisar dan pes cili kacau hingga mesra masukkan pula sebatian rempah kacau hingga pecah minyak.
masukkan santan cair didihkan masukkan ikan, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula secukup rasa biarkan kuah mendidih dan sekata kecilkan api biarkan dalam 3 atau 4 minit.
akhir sekali bila semua dah mesra masukkan cili padi dan bolehlah matikan api...
acar mentah ni senang jerr hirisan lobak merah, cili merah, bawang besar, timun dan nenas gaulkan dengan gula, garam dan sedikit cuka.
4 comments:
kak aeini..aduhhhh~ terliur tengok nasi dagang pagi pagi jumaat yang hujan ni ..adoiiii~ nana suka sangat nasi dagang! :)
Salam aeini..dtg bawak pinggan nk tapau nasi dagang tue :D
Nasi dagang favourite saya tp nak masak kuah ikan tongkol tu, aduhai....kenapa saya masak ikan tu keras kejong ye? Agaknya kena beli ikan yang besar, kalau ikan tongkol kecik tak sesuai?
alahai.. sowilaa lambat balas komen... nana kena belajar tau wat nasi dangang.. :)
azatie... heheh mehlaa tapau..
zanafahmi.. cubalah ikut resepi tu insyaAllah ikan tu taklaa keras sgt.. kecutkan dulu dgn sedikit air +garam+ asam keping..
Post a Comment