Sunday, June 10, 2012

Setelah lama memeram...

Alhamdulillah.. saya masih wujud.. cuba lamaaaaanyaaaa tak bersiaran... sibuk yang tidak terungkap... insyaAllah jika semua masalah selesai... dan kerja yang ada sendiri letakkan due date tu khatam.... saya akan bersiaran seperti biasa...., nantilah jika ada umur dan waktunya saya akan share kenapa saya terlalu sibuk..., rindunya berblog.. blogspot ni pun dah berubah gaya.. terkial - kial lerr pulak...

ok kali ini saya just nak share gambar - gambar semasa cuti sekolah yang lalu, cadangnya nak berjalan jauh.. tetapi last minute Nur Dini bawa surat ada kelas tambahan wajib seminggu pertama langsung rancangan tergendala.. nak kemana - mana tu terpaksalah dilupakan.. tengoklah pula hujung tahun nanti.. kalau ada rezeki atau sibuk benda lain pulak... jadi yang sangat utama cuti sekolah ni.., kena balik N9 dan Johor.. melawat ibu dan bapa itulah yang lebih utama kan....




kali ini ayah aku ajak ke museum pusat latihan tentera darat yang terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, masa tu dah petang.., sebenarnya ayah seorang pesara tentera so bila diajaknya kesini bolehlah dia mengimbas kembali nostalgia ketika dia bekerja dengan tentera darat dulu.




aku pun teringat juga zaman sekolah dulu.. selalu ke kem jika ada famili day.., menghadiri bakat jika ayah ke hutan dengan mak kebanyakan isteri perajurit belajar memasak dan menghias, menjahit sewaktu suami bertugas, kali ini peluang cucu pulak meredah segala meriam yang ada.. habis dipanjatnya.. aku rasa nak pergi lagilaa.. sebab museum dalam bangunan telah ditutup masa ni dibuka hanya waktu pejabat sob sob..



gambar kereta kebal yang ditembak musuh semua pesakit dan comander meninggal ditempat kejadian... ayah sedih ketika bercerita tentang sejarah ini.



wajah kesayanganku.. yang menghidupkan aku di muka bumi Allah ini.
i love u mak dan ayah...





anak - anak ku dengan sepupu eh.. depan keretapi..





deretan kereta kebal, menurut ayah kesemua kereta ni zaman lama ada sebahagiannya yang dia sendiri tak merasa naik kenderaan tu.. sebab yerrr sebab dah lama... 






antara kapal terbang yang terbesar terpamer disini... nak naik pun boleh tapi half way jerr.. sebab besi dia dah uzur dah.. bahayo..!!



tugu peringatan semua nama - nama yang tumpas tercatat disini...

No comments: