Advert

nuffy

Wednesday, September 22, 2010

sambal tumis sotong kering


air abu soda
 
sotong yang telah direndam dengan air abu soda selama 30 minit
terlupa pulak nak snap gambar sotong sebelum direndam...


hehehe kali ini kuali ku interpremmm


inilah hasilnya.... nyum nyum

rasa2nya semua dah pandai masak sambalkan... tp i uploadkan jugak recipe tu disini selain untuk sharing ianya berguna juga untuk diri sendiri kelak ataupun untuk warisan kepada anak2 nnt.. tak pasti pulak berapa berat sotong kering tu.. air abu soda tu boleh di beli kat kedai bahan2 cake atau supermarket kena pandai laa cari..

rendam sotong bersama 1 sudu kecil air abu soda selama 30 minit atau sejam ( i rendam 30mnt jerr sbb suka rasa kenyal / liat sotong tu, ikutlaa setengah sotong kering ada yg tebal) setelah agak kembang cuci lah 2 hingga 3 kali untuk buang sisa kotoran n air abu tu.. ( i cuci 3 - 4 kali n perah lagik hehehe) - kalau kita rendam sehari semalam sotong kering td boleh menjadi kembang mcm sotong kembang yg selalu ada jual kat pasaraya tu-

bahan2 biasa nak wat sambal main agak2 jerlaah yeaaa...

bahan2nya

cili kering (buang biji dan rebus atau rendam dgn air panas)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
sedikit belacan
(semua bahan diatas dikisar)
bawang besar (potong bulat)
asam jawa
garam n gula secukup rasa
sotong kering yg telah di rendam hingga kembang
minyak masak utk menumis

cara2nya

tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing masukkan gula n garam rasa pastu masukkan air asam jawa or asam jawa pekat adabi masukkan sotong kering masak bih kurang 15 minit dan masukkan bawang besar bila dah agak layu matikan api.. sedia utk hidangan...

2 comments:

shark said...

aisey..
terliur ker
order satu

Roxy zai said...

wahh..nak cuba la nnti..yummy!^_^