Hari ini kita makan kari yer.. meh cek resipinya...
seekor ikan merah sederhana besar - siang dah bersihkan
bahan A
6 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 kuntum bunga lawang
2 bj buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit biji sawi
1 batang kulit kayu manis
sedikit biji sawi
setengah sudu teh halba biji
sedikit halia di ketuk atau hiris nipis
2 tangkai daun curry
minyak masak utk menumis
bahan B
semangkuk rempah curry IKAN BABAS - kacau dgn sedikit air
sepeket santan / susu cair
garam dan gula utk perasa
air asam jawa secukupnya
bahan C
1 biji tomato - belah 4
1 btg cili hijau - belah dua
1 btg cili merah -belah dua
cara2nya
panaskan minyak dalam periuk.. tumiskan semua bahan A hingga naik aroma, kemudian masukkan rempah kari goreng sebentar... n masukkan bahan B.. bila dah mendidih masukkan ikan rasalah lepas tu ek.. bila dah mendidih kali ke2 masukkan bahan C dan bolehlah dihidangkan. Bahan C boleh juga ditambah terung atau bendi kepada yg suka.
5 comments:
boleh buat utk kwn2 ni....
hrumm..pekat tul kari tu.. :)
yummy! yummy!
camne nak diet kalo tengok menu sedap camni sis ^.^
akak..fyi..
sy suka giler makan kari..
akak ni saje buat sy terkeliur..bila nak masak utk sy ni?heheh
hi alls..
mr kamikaze - kalau dah cukup semua bahan2nya mmg mudah ajerr
nabilah - mmg pekat kuah tu hubby suka yg camtu
nana - tgh diet kerr? hihihihi
Post a Comment