nuffy

Tuesday, April 27, 2010

Tumis Air Pucuk Paku dan Cendawan

Kali ini sayur laa pulak...
hubby teringin makan masak pucuk paku ala2 tumis air..




Ok meh tgk resipi..

Bahan2nya

Seikat pucuk paku
half packet cendawan (org Ganu kata Kulat)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu udang kering - ditumbuk
setangkai cili merah - di hiris
1 sudu sos tiram
garam
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara2nya

siang dan basuh bersih cendawan dan pucuk paku n toskan, bawang merah n udang kering ditumbuk halus... panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan sos tiram bila dah mendidih perasakan dgn garam dan bolehlah masukkan semua sayur bersama hirisan cili merah.. hmm dah siap!
menu ni tak pedas so kalau ada anak2 yg kecik tu mmg sesuailaa...

1 comment:

Mr Kamikaze said...

senang nya nak masak...rasa nak masak la lauk utk mkn tgh hari ni....