Monday, November 1, 2010

Nasi Lemak Kukus dgn Sambal Sotong Kering


hmmm.... nasi lemak kukus dengan sambal sotong kering, telur rebus, timun baby. kacang tanah dan ikan bilis goreng serta bawang besar goreng.. fuhhhh terangkat!!!! sayangnya gambar gelaplaaa... aku tak pandai setting lorr...

nak resepi sambal tumis sotong kering click sini

bahan2 untuk nasi lemak
4 pot beras basmathi - basuh bersih dan toskan
2 cawan santan pekat + air
garam dan gula

cara2nya
gaulkan semua bahan2 dan kalau perlu tambahkan air untuk sukatan beras dan cecair, tanak hingga masak.

bahan tumisan
2 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan - disimpul
1 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

cara2nya
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hingga naik bau dan curahkan semua bahan tumisan dalam nasi gaul rata dan kukus dalam pengukus hingga nasi mesra dan berderai. selamat mencuba.

3 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

awat tayang malam-malam..

lah..lapor nie...eik...diet2

rynas said...

berkeroncong perut pg2 buta nie hhehe

aeinio said...

ehem ehem.... memalam jgn makan ayu tido awal2.. nnt lapor jerr kang...

rynas...nasi lemak sinonim dgn b'fast..:)